Tuesday 24 January 2012

Howleeday Wif Faymeli

           So hari ni aku nk cerita cikit beberapa perkara yg terjadi semasa aku famili day kt Telok Batik, Perak baru2 ni. Aku gtau awl2 gmbar tak ada coz akak n abang aku lembap sgt tak upload2 lg pic...haishhhh. Hari sabtu 21/01/2012 pd pukul lepas zohor kitorang pun btolak ke kg gajah dan tidur sana sehari. Waktu bertolak je mengambil masa yang lama psl dia punya jammed perggghhhhhhh. Sampai je kg gajah aku terus lelap (padahal dari dalam kereta lg dah lelap)...hahahaha.

           Esoknya hari ahad(lepas sabtu memang la ahad kan takkan jumaat pulak kan) pagi2 lagi kitorg dah berangkat ke telok batik. 3kereta je pun tp siap ada walkie talkie takut hilang pulak kereta yang lain kan..hahaha. Sampai je sana kitorang teros buat BBQ walaupun dengan hujan yg tak berapa nk renyai( lebat gak la maknanya). Lepas je makan famili aku yang lain semua masuk kapal muzium kecuali aku dan ayah aku. Ayah aku macam biasa la rutin dia (memancing). Aku pulak terpaksa berjalan sedekat 3km untuk mencari sesuatu tempat yang bernama TANDAS!!!pergghhh. Tandas kat situ boleh pulak tutup. Aku punya la tak tahan last2 nasib baik ada kedai jual cenderahati tu ada tandas. Aku pun tumpang je la...hahaha. Dalam pukul 2 kitorg pun check in kat Lumut Valley Resort and Condominium.

           Hari Isnin nya pagi2 lagi lepas breakfast sendiri (lupa nak amek breakfast yang hotel tu prepare...abang ipar aku la boleh lupa lak) kitorang terus turun mandi2 kat pool. Tapi ada satu kejadian yang sangat mengerikan. Dekat sebelah pool tu ada satu bangunan 9 tingkat yang masih lagi in progress. Aku baru je cakap2 dgn abang aku kalau la terjatuh batu2 ke dari atas tu kena dekat manusia2 yang tengah mandi memang bahaya. Tupp..tupp je 10 minit lepas kitorg cakap psl hal tu, pekerja dia dari tingkat 9 jatuh. Akak aku pun menjerit sekuat hati, terkeluar suara Ramli Sarip dia, "aaaaaaaaaaa....ada orang jatuh!!!!!" Kitorang pun berlari tengok, tak tau la warga myanmar ke indon ke berbaju biru mati di tempat kejadian. Aku tak nampak sangat tapi menurut akak aku kepala dia jatuh dulu bersama2 dengan besi2 dari tingkat 9 tu. Sangat mengerikan. Kitorang terus masuk hotel balik lepas polis datang uruskan mayat.

           Dalam pukul 2 kitorang pun check out dan singgah masjid. Lepas tu kitorang terus ke teluk batik untuk aktiviti seterusnya tapi tersangat la jammed menyebabkan kitorang terpaksa berpatah balik. Masa nak patah balik tu dalam pukul 2.45 mercedes ayah aku tu buat hal pulak. Kereta dia tak boleh gerak. Dah la tengah2 jalan jammed menyebabkan kitorang terpaksa berkelah kat tepi tu sampai personal mechanic dia datang dari teluk intan. Agak lama gak la sampai pukul 6.30 baru mekanik dia datang towing kereta dia sampai ke bengkel. Kitorang bkelah kat tepi jalan sementara menunggu sampai akak aku yg sulung bkawan dgn pacat...hahaha. Tapi memang banyak gak la kereta stuck kat situ. Memang masyuk la mekanik2 ni hari tu. Bila dah jadi mcm ni kitorang pun terpaksa la menyumbatkan diri kat dalam kereta2 yang tinggal. Nasib baik la akak aku bawak innouva. Kalau tak memang tahan bas je la. Aku pun terpaksa bertukar kereta. Barang2 dan orang2 semua di sumbatkan kat wira ngn innouva tu.

           Pukul 9malam je kitorang pun selamat sampai ke kg gajah dan kereta ayah aku tu pun dpt di repair hari tu jugak. Dalam pukul 11.30mlm kitorang pun berangkat ke halaman rumah masing2. Walaupun banyak dugaan waktu kitorang bercuti tp sangat seronok la walaupun destinasi nya sangat sesak. Kitorang ke sana pun psl ayah aku nak sangat memancing dkt sana...huhu.

       

P/S: nak balik melaka lambat sikit. Ponteng sehari utk uruskan insurans motor aku tu. heee~~~~~

Yong and her husband wif anak nye...

Super2 mama....

Makan time...beratur dulu mcm dlm prison lak...

Ehem2... Master chef..hee~~~~

Anak2 angah....

Power of Dad...gaye je mcm pro tp dpt ikan ke???hahaha~~~

Wednesday 11 January 2012

Bukan Perpisahan Terakhir

           Seperti dijangka, nama aku dh dipanggil bsama dgn 13 orang yg lain ke dataran. Walaupun aku dh tau berita ni lebih awl iaitu semalam tp aku tetap rasa sedih bila berita itu smpi lagi ke telinga aku yg capang ni. Mulai jumaat ni aku tak akan berada di Kesidang lg. Nama aku dh pun ditempatkan di Kolej Kediaman Pertam Jaya. Walaupun ada beberapa sahabat baik aku yg akan bersama aku pindah ke sana tp aku still rasa sedih yg sangat2.


           Salah satu perkara yg membuatkan aku sedih apabila aku terlihat keceriaan wajah seorang rakan baik aku yg tiba2 bertukar menjadi suram. Aku faham dgn caranya yg tiba2 senyap dan terbaring menutup dahi. Dia siap berhasrat yang dia pun nk ikut sekali tp takpe la lagipun kita still akan jumpa dekat kolej pasal kita 1 kelas. Aku dh tak dpt nak main dota dgn dia lg. Tp harapan aku walaupun kita tak dapat nak studi sama2 lg tiap2 malam, aku harap dia akan belajar betul2 dan dapat dekan utk semester ni. Aku doakan kau sahabat.


           Aku hanya harapkan dia bersungguh2 mengejar apa yg dia impikan. Tak kisah la dalam pelajaran ke atau dalam hal perempuan :) . Jangan risau ye kawan, aku tetap akan tolong kau dapatkan orang yg kau nak tu...hehehe. Juga tak lupa pada rakan2 yg lain walaupun tak dapat nak makan dekat Kopitiam lagi sama2 tp kita stil dapat lunch sama2 dekat Kolej. Lain kali kita main dota sama2 lg dan kalau ada rezeki kita wat discussion sama2 dekat Kolej sama2 yea. Aku hanya dapat sampaikan 1 lagu untuk korang.....


Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

           Aku juga mharapkan kepada semua yg benci aku jugak maafkan lah sgala kesalahan aku. 

          

P/S: Syialllllllllll laaaaaa kene pindah...argghhhhhhhhhhh :'(