Sunday 18 August 2013

Jalan

Hidup ini bukan kita yang tentukan,
Kita selalu cakap kita yang pilih jalan hidup kita,
Tapi sebenarnya Allah telah tentukan jalan hidup kita.
Kita hanyalah hamba dan seperti boneka yang dikawal oleh Nya,
Hanya iman dan taqwa yang menjadi pegangan,
Untuk kita mencipta taraf kehidupan yang lebih baik.

Bukan taraf kaya dan miskin yang di cari,
Tapi taraf dosa dan pahala yang di ukur,
Taraf tidak diukur melalui porshe, perodua kita,
Ataupun banglo mahupun pondok kecil kita miliki,
Semahal manapun kereta kita mampu miliki,
Masih takkan dapat memudahkan kita melalui,
Melalui titian sirat yang sehalus rambut dibelah tujuh itu.

Selaju manapun kenderaan kita bergerak di highway ini,
Tetap Iman yang menjadi minyak dan taqwa yang menjadi ukuran kelajuan kita nanti,
Modify la iman kita agar diupgradekan dengan pahala yang lebih menjamin.
Memang, Halangan nafsu menghalang kita,
Nafsu dan akal banyak mengeruhkan hati,
Siapa tak suka duit datang dengan mudah,
Siapa tak suka tengok perempuan bogel,
Aku pun mempunyai nafsu yang tinggi,
Aku pun terbeliak biji mata dan stim kalau perempuan bogel depan aku,
Kalau perempuan tu menggoda aku mesti aku terjebak,
Tapi ingatlah kita semua akan bogel menuju Tuhan.

Tanpa seurat benang kita dihimpunkan,
waktu tu nanti aku pun tak ada masa nak tengok kemaluan orang lain,
Aku sendiri akan ketakutan dan kegelisahan menghadap Allah SWT.
Duit yang banyak pun tak dapat nak merasuah Allah untuk masuk ke syurga.

Bukan aku nak berceramah,
Bukan aku nak tunjuk baik,
Bukan aku nak cakap yang aku cukup sempurna dalam agama,
Tapi Agama Islam itu cukup sempurna.
Itulah siratulmustaqim.
JALAN YANG BENAR DAN LURUS.

Monday 1 July 2013

Anugerah Allah

Assalamualaikum WBT.

So hari ni tak ade ape pun aku nak cakap sebenarnya. Cuma aku nak ucapkan terima kasih dan stinggi kesyukuran kepada Allah SWT. Hari tu result dah keluar dan akhirnya aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Aku dapat 4flat untuk keputusan semester 4. Alhamdulillah :). Aku sangat seronok dan gembira tersangat-sangat. Aku harap aku dapat buat lebih terbaik untuk semester akan datang. Aku tak boleh nak seronok sangat, takut nanti aku leka dan lalai.

Apa yang aku takut adalah keputusan aku tu tak cukup kuat. Aku punya CGPA 3.69 setakat ni. Tapi aku tak pasti yang aku dah buat yang terbaik ke untuk hidup aku ni. Kadang-kadang keputusan tu tak menunjukkan usaha kita ataupun apa yang kita tahu. Aku cuma takut keputusan aku ni sekadar keputusan je tapi hakikatnya aku tak secemerlang apa yang aku dapat pun.

Perkara yang paling pasti semester baru ni adalah semester yang paling aku takut. Aku nak masuk semester 5 dah. Teringat-ingat waktu kat UiTM dulu. Aku takut perkara yang sama berulang kembali. Dulu semester 5 jugak. Haissshhhhhh. Harap-harap aku berjaya menempuh semua ni dan meneruskan kehidupan aku. InshaAllah. Aminnnnnnnnnnnn.

Saturday 11 May 2013

Masa

Assalamualaikum W.B.T.

Sebenarnya hari ni aku takde nak cakap apa pun. Cuma sedar tak sedar sekarang ni dah pun masuk pertengahan bulan 5. Minggu depan aku ada paper Islamic Product (IB). 2 minggu lagi habis lah semester aku yang ke 4. Kejap je masa berlalu dan kejap je aku dah nak habis belajar. Ada lagi 2 semester dan 1 tahun untuk aku belajar + praktikal and then aku akan masuk alam pekerjaan. Lebih tepat lagi dikatakan aku akan menjalani kehidupan sebagai manusia yang akan bertanggungjawab terhadap keluarga.

Banyak yang aku dapat sepanjang aku hidup. Semua aku dah rasa, tempuhi dan alami. Banyak dugaan yang membuatkan aku kadang-kadang tak semangat nak hidup. Tapi bila aku fikir balik, tu lah namanya karma. Aku sedar tak semua yang aku nak akan dapat. Bukan aku sorang je yang alami nasib yang malang. Ramai lagi dalam dunia ni yang alami benda macam ni, malah ada yang lebih teruk tapi kita tak tau kan. Lagipun Allah hanya menguji manusia tu dengan kemampuan kita sendiri. Walaupun aku rasa teruk sangat apa yang aku rasa, tapi aku tau aku masih boleh handle benda ni. Sebab tu Allah uji aku.

Macam aku cakap tadi, ni semua karma, dugaan dan cabaran untuk mengurangkan dosa kita di dunia ini supaya kat akhirat nanti dosa kita dikurangkan. Dulu aku buat benda ni kat orang, sekarang orang pulak buat kat aku benda ni. Dulu aku diktator, sekarang aku hamba. Dulu aku pengarah, sekarang aku diarah dan tak tentu arah. Apa-apa pun aku masih bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk merasa semua perasaan ni. Apa yang aku harapkan ialah lepas ni hidup aku akan bertambah baik.

Aku dah boleh mula simpan duit dah untuk bina keluarga sendiri, cari asset sendiri dan buat hidup sendiri. Sekarang ni aku dah berumur 25tahun. Kawan-kawan aku semua dah bekerja dan kahwin. Tapi aku? Masa yang diberikan kepada semua orang adalah berbeza. Mungkin bukan masa aku lagi untuk tempuhi kehidupan macam dorang. Masa aku akan tiba dalam setahun lagi. Mungkin masa tu aku akan bersedia sepenuh masa. Aku harap aku dapat buat yang terbaik. Aminnnnnnn.