Tuesday 29 December 2015

New Season and New Chapter

Oiii, aku takde pape nak cerita pun. Cuma aku dah mulakan hidup baru yang aku tak tau nak cakap macam mana.

Aku dah jumpa seseorang ni. Dia officemate aku lah. Muda lagi and dia just temporary je pun. Bulan 3 tahun depan dia masuk degree.

Actually, aku pun tak tau macam mana aku boleh tertarik dekat dia. Tapi dia memang mempunyai quality seorang wanita yang aku nak lah. Dia macam gangster gangster sikit then lawa pulak tu. Cuma tak matured lah, biasa lah baru 21. Masuk degree nanti matured lah. Lagipun, bagi aku cara pemikiran dia lagi matured dari aku.

Aku ni sebenarnya tertarik dengan perwatakan, personality dia yang suka sakat aku tu. Aku harap dia lah tulang rusuk yang aku cari selama ni.

Memang aku rancang nak kawin dengan dia. Tahun depan paling awal, paling lewat 3 tahun lagi. Maknanya dalam masa 3 tahun ni lah. Tapi "Wamakaru Wamakarallah, Wallahu khairul makirin". InshaAllah, kepada korang yang baca entri ni doakan jodoh kitorang Ameen!

Sedikit latar belakang, nama dia Siti Jamaliah Mohd Idris. Dia comel, lawa, gangster, garang, kuat terperanjat, melatah gak lah, careless, half indipendance, not quite mature, suka mengajar tak kedekut ilmu.

I love you. InshaAllah til I die sayang.

That's all for my entri kali ni. Lain kali aku masukkan kenangan kenangan macammana jantan ni boleh jatuh hati kat minah tu, macammana perception  mak aku kat dia, penerimaan family aku and ibu dia kat aku.

Assalamualaikum dan babai!

Tuesday 28 April 2015

HARI BERSILIH GANTI

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh dan salam satu Malaysia to all Malaysian, yang bukan orang malaysia tu tak payah baca lah. Jangan nak acah acah faham bahasa Malaysia rojak ni.


Dah bertahun dah rasaya aku tak update blog ni. Bukan rasa lagi dah. Memang lama lah cerita dia. Dah 2 dah tak menaip entry ni. Tetiba hari ni I feel like want to update something. Padahal orang dah tak main blog lagi dah. Mana ada zaman blogger lagi dah. Kan? Tapi aku pedulik hape. Keep calm and love myself.

Last aku post waktu tu aku sem 4 dekat kpmbm. Time aku sem 4 pun arwah ayah masih sihat wal'afiat lagi. So kepada yang tengah baca ni tolong sedekah kan al-fatihah untuk arwah ayah aku Encik Sulaiman @ Abd Manan bin Ahmad (28/08/1947-21/12/2013) Terasa rindu yang teramat sangat. Dah la aku ni rasa aku ni anak derhaka. Tak sempat nak minta maaf. Banyak dosa aku dekat arwah. So sekarang tinggal lah aku dengan mak aku menempuh hari hari yang berlalu dekat rumah tu berdua.

Sekarang ni pun aku dah kerja, berulang alik dari kuala ke klang. 45 minit gak lah naik motor. Dengan musim hujan nya sekarang ni. Sekarang ni aku berhadapan dengan pressure kerja pulak. Dengan workload nya, GST lagi yang macam sakai tu menimbun kan kerja aku. Aku rasa aku lagi rela berhadapan stress belajar dari stress kerja. Tapi kerja lagi syok pasal tiap tiap bulan dapat hasil titik peluh sendiri. Walaupun duduk dalam office tak berpeluh kan. Punchline tak menjadi. Hahaha.

Hari ni 28/04/2015 bersamaan 09Rejab1436H. Umur aku dah masuk 26tahun 10bulan. Tapi aku masih lagi single and available. Hahaha. Promote diri sendiri pulak. Tapi relax lah, ade jodoh ke tak de jodoh ke aku redha je. Allah ada percaturan Dia sendiri untuk hambaNya yang hina ni. Walaupun aku tak kawin ke bujang terlajak ke bujang tua ke sampai mati bujang ke aku tetap bersyukur dan happy with my life. The most important thing aku kena cari Allah dulu, then cari diri sendiri. Aku kena balas jasa mak aku, jalani kehidupan sebagai seorang Islam. Bila dah complete all of these thing baru lah aku cari tulang rusuk aku. Kalau memang tiada jodoh di dunia. Tunggu je jodoh dekat hereafter nanti. Tu pun kalau masuk syurga. Hahaha.

Nak kata aku ni memilih tak gak. Dulu kat uitm tu ramai gak aku suka. Kat kpm pun ramai gak aku suka. Hahaha. Tapi takde yg nak kat aku. So nak buat macam mana kan? Okay enough with permainan cintan cintun ni. Now nak cakap pasal janji pulak. Nak cerita pasal janji ni memang banyak kali aku pernah memungkiri. Dulu janji nak berhenti rokok lepas balik umrah. Tapi balik umrah tu hisap balik. Susah la, berjanji dengan diri sendiri pun tak boleh tunaikan ini pulak nak berjanji dengan manusia lain. Tu belum masuk lagi janji dengan Maha Pencipta. Kata nak bertaubat lah apa lah tapi still melakukan perkara yang sama. Itulah manusia.

Korang jangan terasa, aku cakap pasal diri sendiri. Ni semua adalah peringatan untuk diri sendiri. Tapi Alhamdulillah dah sebulan aku tak beli rokok. But ade gak lah paw memembe sebatang dua time lepak. Slow slow lah kan. InshaAllah aku akan teruskan. Nak save duit lah katakan. Gaji berapa je sebulan. Kalau smoking ni boleh gak lah save rm400 sebulan.

Apa lagi nak tulis pun aku tak tau. Banyak sebenarnya but I think that's all for now. Dah lama tak mengarang ni kan. Bukan ada orang baca pun. Hahaha. Okay lah, kita back to work. Assalamualaikum dan bai bai.

Sunday 18 August 2013

Jalan

Hidup ini bukan kita yang tentukan,
Kita selalu cakap kita yang pilih jalan hidup kita,
Tapi sebenarnya Allah telah tentukan jalan hidup kita.
Kita hanyalah hamba dan seperti boneka yang dikawal oleh Nya,
Hanya iman dan taqwa yang menjadi pegangan,
Untuk kita mencipta taraf kehidupan yang lebih baik.

Bukan taraf kaya dan miskin yang di cari,
Tapi taraf dosa dan pahala yang di ukur,
Taraf tidak diukur melalui porshe, perodua kita,
Ataupun banglo mahupun pondok kecil kita miliki,
Semahal manapun kereta kita mampu miliki,
Masih takkan dapat memudahkan kita melalui,
Melalui titian sirat yang sehalus rambut dibelah tujuh itu.

Selaju manapun kenderaan kita bergerak di highway ini,
Tetap Iman yang menjadi minyak dan taqwa yang menjadi ukuran kelajuan kita nanti,
Modify la iman kita agar diupgradekan dengan pahala yang lebih menjamin.
Memang, Halangan nafsu menghalang kita,
Nafsu dan akal banyak mengeruhkan hati,
Siapa tak suka duit datang dengan mudah,
Siapa tak suka tengok perempuan bogel,
Aku pun mempunyai nafsu yang tinggi,
Aku pun terbeliak biji mata dan stim kalau perempuan bogel depan aku,
Kalau perempuan tu menggoda aku mesti aku terjebak,
Tapi ingatlah kita semua akan bogel menuju Tuhan.

Tanpa seurat benang kita dihimpunkan,
waktu tu nanti aku pun tak ada masa nak tengok kemaluan orang lain,
Aku sendiri akan ketakutan dan kegelisahan menghadap Allah SWT.
Duit yang banyak pun tak dapat nak merasuah Allah untuk masuk ke syurga.

Bukan aku nak berceramah,
Bukan aku nak tunjuk baik,
Bukan aku nak cakap yang aku cukup sempurna dalam agama,
Tapi Agama Islam itu cukup sempurna.
Itulah siratulmustaqim.
JALAN YANG BENAR DAN LURUS.

Monday 1 July 2013

Anugerah Allah

Assalamualaikum WBT.

So hari ni tak ade ape pun aku nak cakap sebenarnya. Cuma aku nak ucapkan terima kasih dan stinggi kesyukuran kepada Allah SWT. Hari tu result dah keluar dan akhirnya aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Aku dapat 4flat untuk keputusan semester 4. Alhamdulillah :). Aku sangat seronok dan gembira tersangat-sangat. Aku harap aku dapat buat lebih terbaik untuk semester akan datang. Aku tak boleh nak seronok sangat, takut nanti aku leka dan lalai.

Apa yang aku takut adalah keputusan aku tu tak cukup kuat. Aku punya CGPA 3.69 setakat ni. Tapi aku tak pasti yang aku dah buat yang terbaik ke untuk hidup aku ni. Kadang-kadang keputusan tu tak menunjukkan usaha kita ataupun apa yang kita tahu. Aku cuma takut keputusan aku ni sekadar keputusan je tapi hakikatnya aku tak secemerlang apa yang aku dapat pun.

Perkara yang paling pasti semester baru ni adalah semester yang paling aku takut. Aku nak masuk semester 5 dah. Teringat-ingat waktu kat UiTM dulu. Aku takut perkara yang sama berulang kembali. Dulu semester 5 jugak. Haissshhhhhh. Harap-harap aku berjaya menempuh semua ni dan meneruskan kehidupan aku. InshaAllah. Aminnnnnnnnnnnn.

Saturday 11 May 2013

Masa

Assalamualaikum W.B.T.

Sebenarnya hari ni aku takde nak cakap apa pun. Cuma sedar tak sedar sekarang ni dah pun masuk pertengahan bulan 5. Minggu depan aku ada paper Islamic Product (IB). 2 minggu lagi habis lah semester aku yang ke 4. Kejap je masa berlalu dan kejap je aku dah nak habis belajar. Ada lagi 2 semester dan 1 tahun untuk aku belajar + praktikal and then aku akan masuk alam pekerjaan. Lebih tepat lagi dikatakan aku akan menjalani kehidupan sebagai manusia yang akan bertanggungjawab terhadap keluarga.

Banyak yang aku dapat sepanjang aku hidup. Semua aku dah rasa, tempuhi dan alami. Banyak dugaan yang membuatkan aku kadang-kadang tak semangat nak hidup. Tapi bila aku fikir balik, tu lah namanya karma. Aku sedar tak semua yang aku nak akan dapat. Bukan aku sorang je yang alami nasib yang malang. Ramai lagi dalam dunia ni yang alami benda macam ni, malah ada yang lebih teruk tapi kita tak tau kan. Lagipun Allah hanya menguji manusia tu dengan kemampuan kita sendiri. Walaupun aku rasa teruk sangat apa yang aku rasa, tapi aku tau aku masih boleh handle benda ni. Sebab tu Allah uji aku.

Macam aku cakap tadi, ni semua karma, dugaan dan cabaran untuk mengurangkan dosa kita di dunia ini supaya kat akhirat nanti dosa kita dikurangkan. Dulu aku buat benda ni kat orang, sekarang orang pulak buat kat aku benda ni. Dulu aku diktator, sekarang aku hamba. Dulu aku pengarah, sekarang aku diarah dan tak tentu arah. Apa-apa pun aku masih bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk merasa semua perasaan ni. Apa yang aku harapkan ialah lepas ni hidup aku akan bertambah baik.

Aku dah boleh mula simpan duit dah untuk bina keluarga sendiri, cari asset sendiri dan buat hidup sendiri. Sekarang ni aku dah berumur 25tahun. Kawan-kawan aku semua dah bekerja dan kahwin. Tapi aku? Masa yang diberikan kepada semua orang adalah berbeza. Mungkin bukan masa aku lagi untuk tempuhi kehidupan macam dorang. Masa aku akan tiba dalam setahun lagi. Mungkin masa tu aku akan bersedia sepenuh masa. Aku harap aku dapat buat yang terbaik. Aminnnnnnn.

Sunday 9 September 2012

Tempias

Dah lama dah kan aku tak update blog aku ni. Tiba-tiba je hari ni aku rasa aku nak meluahkan beberapa perkara. Maklum la, aku takde BB nak update status BBM. Aku takde TWITTER nak update status "tweet", yang aku ade hanyalah FB yang aku update status supaya kau orang bace blog aku ni.

Sebenarnya banyak aku nak cakap tapi tak tau nak buat ayat macam mana. First aku nak cakap thanx kat member aku yang bernama Abdul Wafiy Mohd Rashid pasal semalam dia datang melawat aku kat Melaka dari Selangor. Dia datang saje je nak melawat Melaka ni dan kenal dengan member-member aku kat sini. Aku bawak dia ke Jonker Walk pastu midnight kat DP dengan member-member aku yang lain. Mula-mula ok la pasal kitorang agak happening kan walaupun dorang tak kenal pun tapi macam dah lama kenal. Tu yang aku nak sebenarnya.

Tapi yang jadi tak best nya masa balik je kitorang lepak dekat Subaidah tapi ada member aku tarik muka. Aku baru nak kenalkan member aku tapi dorang buat hal pulak. Aku tau korang tak kisah pasal bukan kawan korang tapi kawan aku, tak penting pun untuk korang kenal dia tapi aku jadi malu bila dia tengok kitorang datang je korang terus blah macam tu macam aku tak wujud. Persoalan dari member aku, "asal dorang blah? dorang tak kenal ko ke?" Aku dah pening kepala dah. Aku tak tau apa masalah korang dengan aku sampai aku pun kena tempias "touching" ni. Masalah ni aku rasa aku dah setel kan tapi kenapa masih ada baki-baki blah credit yang tak balance kan akaun persahabatan ni?

Masalah nya bermula apabila dia membuat stupid MISTAKE dan terhantar bbm kepada si dia. So hubungan si dia dan dia menjadi renggang, tapi bila keadaan hampir menjadi pulih setelah aku cuba nak baikkan dorang si dia bermasalah dengan kau pulak. Lepas tu kau tarik muka dekat semua orang. Patut ke semua orang terkena tempias perbalahan antara kau, dia dan si dia? Fikir la sikit nama pun MISTAKE yang bermaksud kesalahan so benda tu salah la dan tak betul. Lepas tu orang lain yang jadi mangsa, aku yang kena tempias pulak. Ke memang korang angin dengan aku? Kalau korang memang angin dengan aku bolah gak la aku terima korang tarik muka. Korang nak rasa pulak macam mana rasanya aku angin dengan orang lain tapi aku tarik muka dengan korang? Ataupun korang nak aku naik angin dengan korang terus?

Yang aku peliknya masa dia dan si dia bergaduh mula-mula tu, elok je dorang bertegur dengan aku. Nampak r profesional kan walaupun dia kawan serumah aku dan gaduh tapi malam tu dorang borak dengan aku macam biasa dan tak tarik muka. Masa first aku tau cerita pun dia takde la nak tarik muka kat aku walaupun aku back up sikit si dia yang buat MISTAKE tu. Tapi bila benda ni dibawa kehari-hari seterusnya makin menjadi-jadi pulak. Aku pulak yang sakit hati ngan korang-korang yang tak reti nak jaga hati orang lain ni. Tolong la pergi sekolah rendah balik belajar maksud "kawan" dan blajar balik "cara menghargai kawan"

Penat dah aku nak karang ayat, aku tak tau la korang faham ke tak pasal banyak sangat "dia". Tapi "dia" yang aku maksudkan tu ada banyak orang tau. Sama la dengan "kau" tu ada beberapa orang. Cuma "aku" ada seorang. Assalamualaikum dan babai....!!!

Sunday 29 July 2012

People always leave, but.....

Sebenarnye dah lame aku nak update blog ak yg dah agak lame terbiar ni. Ada benda yang aku nak cerita. Ia nya pasal kehidupan aku sekarang ni. Sejak akhir-akhir ni dah ramai kawan-kawan aku yang dah mula melupakan aku. Ramai yang dah tiba-tiba menghilangkan diri dan benci dengan aku. Walaupun aku agak terkilan tapi nak buat macam mana kan. Tu hak dorang nak berkawan dengan siape pun. Aku cuma sedih bila ada yang buat mulut pasal aku dan membenci aku pasal dengar khabar angin yang tak elok pasal aku. Tapi benda tak boleh nak di ubah dah. Cuma each regrets make me feel more confidence to prove they wrong.

Satu-satu aku dengar pasal keburukan aku sendiri yang membuatkan semua membenci aku. Bermula dengan seorang yang dianggap ustaz tapi tak mencerminkan ustaz pun. Still gak buat dosa mengutuk dan mengumpat aku. Patut sebagai seorang mu'alim dia kena meningkatkan lagi sampai ke tahap murabbi. Tapi perbuatan dia menyebabkan aku bertambah dosa membenci dia dan hilang rasa hormat aku kat dia. Pasal dia la semua beranggapan buruk kat aku. Lepas tu datang pulak cerita pasal seorang perempuan yang bertudung labuh ni pun buat hal dengan aku. Tak guna pakai pakaian yang mencerminkan Islam tapi berperangai macam puak syiah. Ingat la aljamaaturrahmah wa furqatul azab.

Walaupun ramai yang anggap aku macam sampah tapi aku bersyukur pasal maybe ini lah perjalanan hidup aku yang dah ditentukan oleh Nya dan aku pun dah berjanji masa lahir dulu tentang cara hidup aku. So aku redha dan cuba meneruskan kehidupan walaupun sorang-sorang pergi dari hidup aku. "People always leave". So aku tak boleh nak salahkan dorang kalau dah dorang nak jauhkan diri dari aku. Tapi dalam kesedihan aku ni, ada jugak beberapa insan yang masih lagi bagi harapan kat aku untuk aku bersemangat dalam dunia ni. Walaupun mungkin dorang tak bertudung labuh, tak berkopiah tapi dorang still mempunyai sifat mahmudah yang sentiasa mendorong aku untuk berubah jugak dan terus melakukan ibadah yang telah dituntut.

Ingat lah, tak semestinya orang yang dipanggil ustaz je baik. Ada je kes ustaz rogol pelajar, kes ajaran sesat oleh ustaz. Ada je ustazah yang ikut ajaran sesat dan berbuah menjadi liar. Ada jugak kes orang yang hari-hari minum, merompak, perogol yang dah diberi petunjuk dan hidayah untuk berubah. So pliz la jangan judge orang dari kejahatan yang dorang pernah lakukan. Dan kepada korang-korang yang membaca ni pun jangan judge ustaz dengan perempuan tudung labuh tu jahat pulak. Maybe ada gak betul nya dorang cakap. Aku ni masih jahat lagi. Sebab tu ramai dah benci aku dan tak nak kawan dengan aku dah. Walau apa pun aku still hepi sangat-sangat bila ada jugak yang dah lost contact dengan aku tapi sekarang dah mula berhubung balik. "PEOPLE ALWAYS LEAVE BUT SOMETIME THEY COME BACK"...thankz kerana mempercayai aku, bagi semangat dan kegembiraan semula dalam hidup aku. Assalamualaikum dan babai