Sunday 9 September 2012

Tempias

Dah lama dah kan aku tak update blog aku ni. Tiba-tiba je hari ni aku rasa aku nak meluahkan beberapa perkara. Maklum la, aku takde BB nak update status BBM. Aku takde TWITTER nak update status "tweet", yang aku ade hanyalah FB yang aku update status supaya kau orang bace blog aku ni.

Sebenarnya banyak aku nak cakap tapi tak tau nak buat ayat macam mana. First aku nak cakap thanx kat member aku yang bernama Abdul Wafiy Mohd Rashid pasal semalam dia datang melawat aku kat Melaka dari Selangor. Dia datang saje je nak melawat Melaka ni dan kenal dengan member-member aku kat sini. Aku bawak dia ke Jonker Walk pastu midnight kat DP dengan member-member aku yang lain. Mula-mula ok la pasal kitorang agak happening kan walaupun dorang tak kenal pun tapi macam dah lama kenal. Tu yang aku nak sebenarnya.

Tapi yang jadi tak best nya masa balik je kitorang lepak dekat Subaidah tapi ada member aku tarik muka. Aku baru nak kenalkan member aku tapi dorang buat hal pulak. Aku tau korang tak kisah pasal bukan kawan korang tapi kawan aku, tak penting pun untuk korang kenal dia tapi aku jadi malu bila dia tengok kitorang datang je korang terus blah macam tu macam aku tak wujud. Persoalan dari member aku, "asal dorang blah? dorang tak kenal ko ke?" Aku dah pening kepala dah. Aku tak tau apa masalah korang dengan aku sampai aku pun kena tempias "touching" ni. Masalah ni aku rasa aku dah setel kan tapi kenapa masih ada baki-baki blah credit yang tak balance kan akaun persahabatan ni?

Masalah nya bermula apabila dia membuat stupid MISTAKE dan terhantar bbm kepada si dia. So hubungan si dia dan dia menjadi renggang, tapi bila keadaan hampir menjadi pulih setelah aku cuba nak baikkan dorang si dia bermasalah dengan kau pulak. Lepas tu kau tarik muka dekat semua orang. Patut ke semua orang terkena tempias perbalahan antara kau, dia dan si dia? Fikir la sikit nama pun MISTAKE yang bermaksud kesalahan so benda tu salah la dan tak betul. Lepas tu orang lain yang jadi mangsa, aku yang kena tempias pulak. Ke memang korang angin dengan aku? Kalau korang memang angin dengan aku bolah gak la aku terima korang tarik muka. Korang nak rasa pulak macam mana rasanya aku angin dengan orang lain tapi aku tarik muka dengan korang? Ataupun korang nak aku naik angin dengan korang terus?

Yang aku peliknya masa dia dan si dia bergaduh mula-mula tu, elok je dorang bertegur dengan aku. Nampak r profesional kan walaupun dia kawan serumah aku dan gaduh tapi malam tu dorang borak dengan aku macam biasa dan tak tarik muka. Masa first aku tau cerita pun dia takde la nak tarik muka kat aku walaupun aku back up sikit si dia yang buat MISTAKE tu. Tapi bila benda ni dibawa kehari-hari seterusnya makin menjadi-jadi pulak. Aku pulak yang sakit hati ngan korang-korang yang tak reti nak jaga hati orang lain ni. Tolong la pergi sekolah rendah balik belajar maksud "kawan" dan blajar balik "cara menghargai kawan"

Penat dah aku nak karang ayat, aku tak tau la korang faham ke tak pasal banyak sangat "dia". Tapi "dia" yang aku maksudkan tu ada banyak orang tau. Sama la dengan "kau" tu ada beberapa orang. Cuma "aku" ada seorang. Assalamualaikum dan babai....!!!

Sunday 29 July 2012

People always leave, but.....

Sebenarnye dah lame aku nak update blog ak yg dah agak lame terbiar ni. Ada benda yang aku nak cerita. Ia nya pasal kehidupan aku sekarang ni. Sejak akhir-akhir ni dah ramai kawan-kawan aku yang dah mula melupakan aku. Ramai yang dah tiba-tiba menghilangkan diri dan benci dengan aku. Walaupun aku agak terkilan tapi nak buat macam mana kan. Tu hak dorang nak berkawan dengan siape pun. Aku cuma sedih bila ada yang buat mulut pasal aku dan membenci aku pasal dengar khabar angin yang tak elok pasal aku. Tapi benda tak boleh nak di ubah dah. Cuma each regrets make me feel more confidence to prove they wrong.

Satu-satu aku dengar pasal keburukan aku sendiri yang membuatkan semua membenci aku. Bermula dengan seorang yang dianggap ustaz tapi tak mencerminkan ustaz pun. Still gak buat dosa mengutuk dan mengumpat aku. Patut sebagai seorang mu'alim dia kena meningkatkan lagi sampai ke tahap murabbi. Tapi perbuatan dia menyebabkan aku bertambah dosa membenci dia dan hilang rasa hormat aku kat dia. Pasal dia la semua beranggapan buruk kat aku. Lepas tu datang pulak cerita pasal seorang perempuan yang bertudung labuh ni pun buat hal dengan aku. Tak guna pakai pakaian yang mencerminkan Islam tapi berperangai macam puak syiah. Ingat la aljamaaturrahmah wa furqatul azab.

Walaupun ramai yang anggap aku macam sampah tapi aku bersyukur pasal maybe ini lah perjalanan hidup aku yang dah ditentukan oleh Nya dan aku pun dah berjanji masa lahir dulu tentang cara hidup aku. So aku redha dan cuba meneruskan kehidupan walaupun sorang-sorang pergi dari hidup aku. "People always leave". So aku tak boleh nak salahkan dorang kalau dah dorang nak jauhkan diri dari aku. Tapi dalam kesedihan aku ni, ada jugak beberapa insan yang masih lagi bagi harapan kat aku untuk aku bersemangat dalam dunia ni. Walaupun mungkin dorang tak bertudung labuh, tak berkopiah tapi dorang still mempunyai sifat mahmudah yang sentiasa mendorong aku untuk berubah jugak dan terus melakukan ibadah yang telah dituntut.

Ingat lah, tak semestinya orang yang dipanggil ustaz je baik. Ada je kes ustaz rogol pelajar, kes ajaran sesat oleh ustaz. Ada je ustazah yang ikut ajaran sesat dan berbuah menjadi liar. Ada jugak kes orang yang hari-hari minum, merompak, perogol yang dah diberi petunjuk dan hidayah untuk berubah. So pliz la jangan judge orang dari kejahatan yang dorang pernah lakukan. Dan kepada korang-korang yang membaca ni pun jangan judge ustaz dengan perempuan tudung labuh tu jahat pulak. Maybe ada gak betul nya dorang cakap. Aku ni masih jahat lagi. Sebab tu ramai dah benci aku dan tak nak kawan dengan aku dah. Walau apa pun aku still hepi sangat-sangat bila ada jugak yang dah lost contact dengan aku tapi sekarang dah mula berhubung balik. "PEOPLE ALWAYS LEAVE BUT SOMETIME THEY COME BACK"...thankz kerana mempercayai aku, bagi semangat dan kegembiraan semula dalam hidup aku. Assalamualaikum dan babai

Friday 29 June 2012

Turning

Salam kepada korang-korang yang membaca ni. Sebenarnya tak ada pape pun, just nak habaq mai yang hari ni genap la umur aku 24tahun....hahahahaha. Umur da lanjut tapi masih lagi belajar, nak buat macam mana kan tak pandai macam korang semua.

Semalam bila pukul 12malam je 29hb 6 aku dapat panggilan dari kawan baik aku ni wish besday. Tak sangka gila yang dia akan call aku wish besday..hahahaha. Tak pernah-pernah dia call tiba-tiba dia call. Thanx yea :). Da lama da tak ada orang wish aku tepat-tepat masuk besday aku...hahaha. Memang tak expect langsung, anyway aku hargai dan terharu sangat-sangat..sayang giler kat ko,hahaha. Jangan lupe la janji ko nak bagi hadiah...hahahaha.

Tapi aku sambut besday aku dengan kesedihan bila waktu besday aku tu kan match antara jerman dengan itali. Boleh pulak jerman kena malam tu....adoiiiiii sakit nya hati tengok match tu. Mesej dari si kerol sagoi tu bertubi-tubi masuk. Bernanah gak la telinga ni...hahahaha. Tapi takpe la, final aku bet on itali la....hahahaha. Walaupun sedih giler kan nasib baik la aku ada mak yang memahami. "nah seratus beli hadiah sendiri" Memang aku ke FOS Alamanda la jawab nya esok. Dah la nak masuk kolej dah banyak nak beli ni. Duit dah banyak melayang,adoiiiiiiiiiiii.

Aku pun tak tau nak mengarut apa lagi. Korang pun boleh tahan gak baca blog aku yang merapu ni sape suruh. Bosan kan? Gi bace blog orang lain, sibuk jer..assalamualaikum dan babai....

Wednesday 6 June 2012

2012??

Hari yang ditunggu2 oleh ke'ramai'an lelaki dalam tahun ni dah nak dekat. Bukan pasal kiamat yea. Mentang2 la ada yang cakap kiamat 2012 semua nak percaya. Biar Allah je yang tentukan bila kiamat. Aku kat sini nak cakap pasal euro. Macam biasa la kan bila dah nak dekat je liga yang besar2 ni macam euro ke world cup ke semua bizi menahan mata dan sibuk carik jersi pasukan masing2. So kali ni aku masih lagi dengan  Deustchland aku, apa lagi kalau bukan Jerman..hehehehe. Tapi kali ni taff sikit la pasal jerman dalam grup MAUT...adehhhh. Eh lupe nak cakap entri aku kali ni memang totally pasal euro so lau x minat chaw laa, aku tak pakse pun.

Grup maut yang dikatakan tu sekali dengan belanda, portugal ngan denmark. Ramai pengkritik dan penganalisis bola ckp jerman boleh pergi final dan ramai rasa jerman menang sampaikan robbie fowler pun cakap jerman tapi analisis terbaru cakap kemungkinan jerman akan terkeluar. Nak tau kenapa?? Macam ni, 1st match jerman lwn portugal dan belanda lwn denmark. Maybe belanda menang besar tapi jerman kemungkinan akan seri. Kedua pulak jerman lwn denmark maybe jerman menang tapi belanda belanda pun menang ngan potugal. Game last pulak jerman akan kalah dengan belanda pasal jerman dalam keadaan terdesak nak menang akan jadi struggle dan akan buat banyak kesilapan. Denmark pulak oleh kerana dah tak layak akan bagi player simpanan je main pastu nanti portugal ada peluang menang besar dan jerman akan kalah melalui goal different.

Tapi tak tau la kan, harap2 jerman boleh menang la season ni. Pasal portugal pun kalah ngan denmark waktu qualify ari tu. Lagipun hope jerman boleh tebus balik kerugian aku waktu bayern ngan chelsea aritu...hahahaha.



SEKADAR INFORMASI


Jerman:
1) Satu-satunya pasukan yang diberi kebenaran oleh juru latih utk isap rokok...best giler, negara lain x dapat la..hahaha
2) Kebanyakan pemainnya bukan berasal dari jerman..kebanyakannya turkey,poland dan tunisia..termasuk la podolski, ozil, mario gotze, boateng, matesacker, hummels, marco reus dan ramai lagi la siot..
3) Keeper jerman Manual Neuer (Noyer-sebutan betul) walaupun power tapi sebenarnye bukan keeper rasmi..lepas keeper betul bunuh diri masa world cup ari tu ( Robert Enke) baru la dia dapat 1st eleven..
4) Jerman 3x jadi juara euro..setiap kali euro sebelumnya dia dapat no2..4tahun lepas tu jerman mesti menang euro..4tahun sebelum ni jerman dpt no2 masa kalah dgn spain waktu final..so agak2 euro kali ni????hehehe...
5) Menang semua perlawanan waktu qualify..dapat 30point..hahaha..bagus2..

England:
1) Rio Ferdinand satu-satunya player professional yang ternama tapi tak pernah main kat euro..2004 dia kena band, 2008 england x layak, 2012 tak terpilih..hahaha...noob..

Ukraine:
1) Tak pernah masuk euro dari dulu-dulu lagi..kali ni pun masuk pasal jadi tuan rumah...nasib ko laa...

Portugal vs Denmark
1) Waktu kat qualify dorang sebenarnya satu group dan kali ni satu group lagi...sebelum ni denmark juara kumpulan dan portugal terpakse ke playoff..nasib baik la menang dengan bosnia..ni pun satu group lagi
2) Denmark baru je cipta jersi baru pasal tak sangka dapat ke euro..portugal pulak jersi baru dorang sangat simple dan direka oleh player home alone tu cristiano ronaldo...main sorang je la ko..

Itali:
1) Criscito yang tarik diri dari euro pasal skandal rasuah tu dilaporkan terima rasuah daripada satu agensi kat singapore..pengadil Malaysia yang rasuah tu pun kat singapore gak...kalau singapore kene bom jangan la sampai kat Malaysia pasni...tolonglaaa!!

Belanda:
1) Van Der Vaart punye aweks adalah WAG's 2010 limelight-winners waktu world cup tu..awek die Sylvie van der vaart tu menang dan kalahkan semua awek2 and bini2 player bola yang lain..no2 waktu tu sape lagi kalau bukan Sarah Brandner awek Bastian Schweinsteiger aku tu...hehehe...

WAG's:
1) Sangat setia sampaikan tiap2 game dorang ade tgk balak dorang maen masa world cup 2010 dulu..

#Sylvie*Van Der Vaart
#Sarah Brandner*Bastian Schweinsteiger
#Daniella*Fabregas
#Lara Alvares*Sergio
#Shakira*Gerrard PK

okeh laa,assalamualaikum dan babai...

Saturday 28 April 2012

Suatu Perkenalan

Setiap perhubungan mesti bermula dengan perkenalan. Ye laa, kalau tak kenal dulu macam mana nak kenal kan. So aku cuma nak kongsi pengalaman aku masa perkenalan aku dengan beberapa orang waktu kat KPM ni. Masa mula-mula aku masuk KPM ni orang pertama yang aku rapat adalah kawan sebilik aku. Elzi-Muka dia memang macam barwa..hahahaha. Tu aku rasa dia maybe sekepala dengan aku gak. Lepas tu baru la aku kenal beberapa orang kawan yang sama-sama fly ikut pintu belakang (Nawi, Ganu, Mimi, Botak PIP)..hahaha.

Ada gak la sorang kawan ni aku kelakar gak la. Aku tak pernah tegur dia tapi tiba-tiba dia datang dekat aku dengan kawan aku lepas tu tanya kitorang "nak beli rokok ke??jom,nak ikut" hahaha. Lepas tu aku dapat tau dia satu kelas dan sampai sekarang terus rapat. Tu la Rebit@Zuhri..hahaha. Macam sorang kawan aku ni pulak rapat pasal sama-sama minat korea dengan dota. Sape lagi kalau bukan laki paling berani dalam kelas aku Nopal. Pasal dota jugak la yang membuatkan aku rapat dengan ramai orang macam Ejat, Nabil, Mata, Tow, Arep, Maju. Boleh dikatakan dota ni adalah satu game yang dapat mengeratkan ukhuwwah...hahaha.

Ada jugak melalui pergaduhan aku rapat dengan beberapa orang ni. Yang sorang ni dah pindah pasal dia PIP. Tapi bila dia dah takde rindu pulak nak gaduh dengan dia. Tapi sekarang pun still gaduh lagi bila chat dekat FB..hahaha. Yang lagi sorang ni mula-mula gaduh gak. Ade ke dia kata aku samseng? Aku pun panggil dia gangster.hahaha. Makin lama makin rapat tapi sekarang dah lost contact. Pape pun gud luck in your final. Ada jugak aku kenal sorang ni, sebenarnya aku dah lama nak tegur tapi tak tau nak mulakan macam mana, last2 waktu aku tengah sakit kaki aku mintak tolong dia isikan air dalam botol besar. Padahal aku tak pernah tegur dia. Kelakar gila masa tu, aku janji nak belanja dia kalau dia isikan tapi sampai sekarang aku tak belanja dia lepas tu aku pulak yang selalu mintak dia belanja...hahaha.

Lepas je kejadian tu dia tarik muka dengan aku..hahaha. Tapi sekarang dah jadi rapat dah. Nanti aku tunaikan janji aku belanja ko ye...hee~~~~. Last sekali nak cerita pasal aku kenal dengan sorang ni pulak. Sem lepas aku tak perasan langsung dia. Tiba-tiba sem ni aku baru perasan dia waktu dalam lif. Lepas je nampak aku terus siasat pasal dia. Tapi memang susah la nak carik dia. Dia ni jenis low profile, tapi setelah aku berhempas pulas macam aku pulas telinga adik aku waktu kecik-kecik dulu. Dapat jugak aku no dia dan kenal dengan dia. Alhamdulillah kitorang semakin rapat :) ...So ni je kot yang aku nak cerita. Aku pun takde cerita sebenarnya. Saje je bosan....k Assalamualaikum dan Babai.. 

:) La Tahzanu


P/S: kepada Bondaku yang tengah demam...semoga Allah menyembuhkan sakitmu..Ameen...

Saturday 7 April 2012

Hilang Sudah

Just nak cakap phone aku hilang!!!!!!
Sangat sedih terutama aku dah la baru je dapat no dia...
Boleh pulak hilang....
Yang aku ingat last aku mesej kawan aku ni dekat kedai runcit..
Hari tgh hujan, aku dengan kawan aku pun redah je la hujan
 pasal nak cepat sampai rumah...
Tapi dalam perjalanan tu aku rasa phone aku tercicir...
Aku rasa sangat la sedih pasal aku baru je dapat
satu nombor ni yang dah lama aku nak...
Baru je dapat minggu ni...
Tapi memang tak lama...
Tau-tau je phone aku hilang.....
Sedih nyaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
:'(
Tolong la kepada sesiapa yang jumpa phone aku tu tolong la pulang balik....
Phone aku tu murah je...Phone cikai je pun...
Tak berbaloi korang nak ambil...
Tolong la bagi balik.....
Aku perlukan nombor si dia
:'(

Friday 23 March 2012

Last Minute

Sekarang ni jam laptop aku tepat menunjukkan pukul 1:53a.m.
Baru je habis menyiapkan assignment Management
yang sebenarnya dah 9minggu lecturer aku bagi
tapi disebabkan kerajinan aku dan member-member aku ni,
esok due date tapi malam ni baru la nak bertungkus lumus siapkan semuanya.
hahahahaha....rajin tak kitorang????
Tapi apa-apa pun aku ucapkan terima kasih kepada
semua member group aku yang sangat-sangat memberi kerjasama
dan sama-sama berusaha menyiapkan kerja tuh
tanpa rasa malas dan adil...hahahaha.
Terutama Nopal yang dari awal semangat buat banyak giler tugasan sorang diri.
Pastu Maju yang berusaha buat slide power point sorang-sorang
dan last sekali Zuhri yang terus-terusan cari isi-isi dan call semua orang
nak tanya pasal assignment tuhh sampai terbongkang dah...hahahaha.

Dah lama aku tak update blog ni, bila update pulak cerita merepek.
Mesti korang bosan kan????
Lantak la, blog aku. Ape aku kisah.
Esok aku ada camping JPAM.
Bapak bosan la. Tapi bapak aku tak pergi pun.
Aku pun tak tau camana dia boleh bosan.( xlawak pun...aku sendiri yang rasa)
Tapi serius la, memang aku akan rasa bosan kat camping tuhh pasal
aku terpaksa berpecah dengan housemate dan classmate aku :'(
Dah la tak ada seluar sukan...adooiiiiiiiiii.
Melayang duit aku beli seluar semata-mata nak pakai 3hari je kat camping tu nanti.
Dah la tadi ak pegi saloon tapi dia punya bengap dia buat rambut aku macam ape tah.
Baik aku suruh membe aku potong je kalau macam ni.
Bengang giler.
Dah la, aku nak pergi carik halia kejap.
Banyak angin la katakan.hahahaha.
BYE :)

Saturday 25 February 2012

Kawan Dan Sahabat

Sebelum aku pergi lebih lanjut tentang apa yang
aku nak ceritakan hari ni,
aku nak cakap yang seminggu dua ni aku sangat la penat
nak uruskan macam-macam perkara..
Sekarang ni aku tengah sibuk buat latihan dikir barat.
Tiap-tiap hari datang kesidang buat latihan
yang tah apa-apa tah..hahahaha.
Walaupun haku rasa time persembahan nanti mesti hancur
tapi aku sangat hepi giler-giler
masa training dengan group mentor aku yang di gabungkan
dengan group mentor lagi satu tuhh...huhu.

Mula-mula dorang macam tak suka gabungkan kumpulan
tapi lepas aku sendiri melantik diri aku jadi leader
dan aku direct je sound dorang yang tak nak bagi kerjasama
terus dorang mengikut arahan...hehehehe~~~(bangga lebih pulak)
Lepas je habis dikir barat ni aku kena uruskan 
peserta untuk Kem Remaja Hebat pulak....aduhhhh.
Memang penat laa...assignment lecturer bagi pun aku tak siapkan lagi..zzzzzz.
Kadang-kadang aku terfikir kenapa perlu aku pikul semua tanggungjawab ni.
Untuk apa aku buat semua ni???untuk diri aku pun banyak yang aku tak selesaikan
kenapa perlu aku uruskan benda lain???
Diri aku pun banyak yang tak terurus.
Aku rasa aku ni macam Lucas dalam cerita One Tree Hill pulak
Sibuk uruskan masalah orang lain tapi masalah sendiri
tak reti nak managed,huhuhuhu....

Macam tu jugak la aku yang dari dulu sentiasa mengalah
untuk selesaikan masalah orang lain.
Aku teringat dulu membe aku ni suka kat seseorang ni.
Dalam masa yang sama sebenarnya aku suka jugak
tapi aku rahsiakan pasal nak hepikan kawan aku ni.
Tapi paling tak boleh blah dia suruh aku tolong tackle kan untuk dia.
Aku pun macam hero hindustan la tolong dia padahal
dalam hati aku sedih gak...hahahaha.
Apa benda la aku cerita ni...bosan betul 
balik-balik cerita pasal cinta...zzzzzz.

Kay lah,aku nak cerita pasal diri aku yang sekarang ni.
Yang dah lepas tu biar je la kan..
Sebenarnya aku tengah pening nak bezakan kawan dengan sahabat.
Lagi-lagi baru-baru ni aku rasa macam
orang yang aku sangkakan rapat dengan aku dah macam
tikam belakang aku dan orang yang aku 
macam tak suka sangat dengan dia tapi akhir-akhir ni jadi rapat pulak.
Aku tak kisah semua ni cuma yang aku kisahkan
diri aku sendiri.
Aku sendiri dapat rasa yang aku pun selalu tikam belakang.
Sebab tu aku rasa benda ni jadi balik kat aku.
Cuma aku tak pernag tikam belakang
orang yang betul-betul rapat dan baik dengan aku.

Aku dapat rasa yang aku ni sebenarnya unpredictable(betul ke aku eja ni)hahaha..
Aku sendiri pun tak dapat nak agak perangai sebenar aku.
Aku rasa yang perangai aku ni berubah-ubah
mengikut emosi, nafsu dan masa...(apa kena-mengena nafsu lak ni????hahaha)
dan dengan sebab itu aku rasa ramai dah mula menjauhkan diri dari aku.
Susah nak carik kawan yang memang sanggup
'berat sama dipikul, ringan sama di jinjing'
kalau tak bai'ah memang tak kan lah kan///
eh,masuk bab lain dah ni...hahahaha...
So i guess ni je la yang aku nak bicarakan(ayat sastera tak boleh blah)
Nanti aku letak video dikir barat tu untuk korang tengok,kay...
hahahahahah
:)

Wednesday 8 February 2012

Kita Hanya Merancang

Dah lama dah aku tak update blog ni..
Al-maklumlah, sekarang ni tersangat lah busy memandangkan
lecturer tak habis-habis nak bagi kerja...
Walhal aku tak mintak pun tapi dia nak gak
bagi kerja kat student dia...hahahaha..nama pun student kan...
Lagipun sekarang ni muka aku dah wanted dengan
semua orang kat kolej tu...(dah macam pirates dah ade wanted lak)..zzz...
So thats why aku cuba menyepikan diri dari semua orang...
Lagipun dah tak tau nak update pasal apa lagi dah kat blog ni...

Pasal wanted tu aku dah cuba dah nak ignore tapi lastly,
terpaksa jugak aku..........abaikan lah...orang tertentu je yang tau...
Aku kan dah tua...harap pandai tapi otak letak kat lutut....
Ayat tu memang pedih....nak perang tapi malas pulak..
Nanti aku tak habis belajar lagi macam dulu...hahahahaha~~~
Just ingat... "SeIslam SeHati...BerSalam BerIsi..."
Sejak dua belas menjak ni..(x kelakar pun...aku sendiri pun x gelak)..
banyak benda yang terjadi kat aku..
Panas baran aku dah mula melonjak-lonjak macam aku dulu kala...
Baru-baru ni aku siap nak tergaduh dengan membe sehousemate aku..
Padahal pasal game je pun...hahahaha...dota-dota.....hurmmm....
Maybe ni semua berpunca dari aku sendiri yang
nak melepaskan benda2 yang aku pendamkan...
Yelaaa, sejak akhir-akhir ni aku terpaksa pendamkan
semua perkara..
Lama-lama bila dah "reach the limits"....b0o0o0ommmm.....
Nasib baik aku dapat kawal lagi...
Kalau tak memang kena buang kolej lagi aku jawabnya...

Baru-baru ni...aku kena double kill....
Aku tak perlu nak terangkan kot pasal aku rasa
korang tau apa yang aku maksudkan..kan??kan??kan??
So aku dah memang tak larat dah nak
tanggung beban ni...
Maybe korang nampak aku relax je(xde la relax sngat pun kan) tapi dalam hati aku....???
Question mark tu cuma aku je yang boleh jawab..
Kita tak boleh nak hepikan semua pihak kan..
Kita cuba nak buat orang lain tersenyum dengan kita tapi
pasti tetap ada yang bersedih..
Aku cuba nak buat semua orang senang dengan aku....
Tapi.....AKU?????.....
:)
Tetap senyum...... :)




P/S: epi besday Puan Noraini binti Samin....(merangkap orang yang melahirkan aku)...mak aku la sape lagi....luv u mom....hope u will always healthy and fine...God bless you and smoga dosa2 mu di ampunkan oleh NYa yang Maha Pengampun....

Tuesday 24 January 2012

Howleeday Wif Faymeli

           So hari ni aku nk cerita cikit beberapa perkara yg terjadi semasa aku famili day kt Telok Batik, Perak baru2 ni. Aku gtau awl2 gmbar tak ada coz akak n abang aku lembap sgt tak upload2 lg pic...haishhhh. Hari sabtu 21/01/2012 pd pukul lepas zohor kitorang pun btolak ke kg gajah dan tidur sana sehari. Waktu bertolak je mengambil masa yang lama psl dia punya jammed perggghhhhhhh. Sampai je kg gajah aku terus lelap (padahal dari dalam kereta lg dah lelap)...hahahaha.

           Esoknya hari ahad(lepas sabtu memang la ahad kan takkan jumaat pulak kan) pagi2 lagi kitorg dah berangkat ke telok batik. 3kereta je pun tp siap ada walkie talkie takut hilang pulak kereta yang lain kan..hahaha. Sampai je sana kitorang teros buat BBQ walaupun dengan hujan yg tak berapa nk renyai( lebat gak la maknanya). Lepas je makan famili aku yang lain semua masuk kapal muzium kecuali aku dan ayah aku. Ayah aku macam biasa la rutin dia (memancing). Aku pulak terpaksa berjalan sedekat 3km untuk mencari sesuatu tempat yang bernama TANDAS!!!pergghhh. Tandas kat situ boleh pulak tutup. Aku punya la tak tahan last2 nasib baik ada kedai jual cenderahati tu ada tandas. Aku pun tumpang je la...hahaha. Dalam pukul 2 kitorg pun check in kat Lumut Valley Resort and Condominium.

           Hari Isnin nya pagi2 lagi lepas breakfast sendiri (lupa nak amek breakfast yang hotel tu prepare...abang ipar aku la boleh lupa lak) kitorang terus turun mandi2 kat pool. Tapi ada satu kejadian yang sangat mengerikan. Dekat sebelah pool tu ada satu bangunan 9 tingkat yang masih lagi in progress. Aku baru je cakap2 dgn abang aku kalau la terjatuh batu2 ke dari atas tu kena dekat manusia2 yang tengah mandi memang bahaya. Tupp..tupp je 10 minit lepas kitorg cakap psl hal tu, pekerja dia dari tingkat 9 jatuh. Akak aku pun menjerit sekuat hati, terkeluar suara Ramli Sarip dia, "aaaaaaaaaaa....ada orang jatuh!!!!!" Kitorang pun berlari tengok, tak tau la warga myanmar ke indon ke berbaju biru mati di tempat kejadian. Aku tak nampak sangat tapi menurut akak aku kepala dia jatuh dulu bersama2 dengan besi2 dari tingkat 9 tu. Sangat mengerikan. Kitorang terus masuk hotel balik lepas polis datang uruskan mayat.

           Dalam pukul 2 kitorang pun check out dan singgah masjid. Lepas tu kitorang terus ke teluk batik untuk aktiviti seterusnya tapi tersangat la jammed menyebabkan kitorang terpaksa berpatah balik. Masa nak patah balik tu dalam pukul 2.45 mercedes ayah aku tu buat hal pulak. Kereta dia tak boleh gerak. Dah la tengah2 jalan jammed menyebabkan kitorang terpaksa berkelah kat tepi tu sampai personal mechanic dia datang dari teluk intan. Agak lama gak la sampai pukul 6.30 baru mekanik dia datang towing kereta dia sampai ke bengkel. Kitorang bkelah kat tepi jalan sementara menunggu sampai akak aku yg sulung bkawan dgn pacat...hahaha. Tapi memang banyak gak la kereta stuck kat situ. Memang masyuk la mekanik2 ni hari tu. Bila dah jadi mcm ni kitorang pun terpaksa la menyumbatkan diri kat dalam kereta2 yang tinggal. Nasib baik la akak aku bawak innouva. Kalau tak memang tahan bas je la. Aku pun terpaksa bertukar kereta. Barang2 dan orang2 semua di sumbatkan kat wira ngn innouva tu.

           Pukul 9malam je kitorang pun selamat sampai ke kg gajah dan kereta ayah aku tu pun dpt di repair hari tu jugak. Dalam pukul 11.30mlm kitorang pun berangkat ke halaman rumah masing2. Walaupun banyak dugaan waktu kitorang bercuti tp sangat seronok la walaupun destinasi nya sangat sesak. Kitorang ke sana pun psl ayah aku nak sangat memancing dkt sana...huhu.

       

P/S: nak balik melaka lambat sikit. Ponteng sehari utk uruskan insurans motor aku tu. heee~~~~~

Yong and her husband wif anak nye...

Super2 mama....

Makan time...beratur dulu mcm dlm prison lak...

Ehem2... Master chef..hee~~~~

Anak2 angah....

Power of Dad...gaye je mcm pro tp dpt ikan ke???hahaha~~~

Wednesday 11 January 2012

Bukan Perpisahan Terakhir

           Seperti dijangka, nama aku dh dipanggil bsama dgn 13 orang yg lain ke dataran. Walaupun aku dh tau berita ni lebih awl iaitu semalam tp aku tetap rasa sedih bila berita itu smpi lagi ke telinga aku yg capang ni. Mulai jumaat ni aku tak akan berada di Kesidang lg. Nama aku dh pun ditempatkan di Kolej Kediaman Pertam Jaya. Walaupun ada beberapa sahabat baik aku yg akan bersama aku pindah ke sana tp aku still rasa sedih yg sangat2.


           Salah satu perkara yg membuatkan aku sedih apabila aku terlihat keceriaan wajah seorang rakan baik aku yg tiba2 bertukar menjadi suram. Aku faham dgn caranya yg tiba2 senyap dan terbaring menutup dahi. Dia siap berhasrat yang dia pun nk ikut sekali tp takpe la lagipun kita still akan jumpa dekat kolej pasal kita 1 kelas. Aku dh tak dpt nak main dota dgn dia lg. Tp harapan aku walaupun kita tak dapat nak studi sama2 lg tiap2 malam, aku harap dia akan belajar betul2 dan dapat dekan utk semester ni. Aku doakan kau sahabat.


           Aku hanya harapkan dia bersungguh2 mengejar apa yg dia impikan. Tak kisah la dalam pelajaran ke atau dalam hal perempuan :) . Jangan risau ye kawan, aku tetap akan tolong kau dapatkan orang yg kau nak tu...hehehe. Juga tak lupa pada rakan2 yg lain walaupun tak dapat nak makan dekat Kopitiam lagi sama2 tp kita stil dapat lunch sama2 dekat Kolej. Lain kali kita main dota sama2 lg dan kalau ada rezeki kita wat discussion sama2 dekat Kolej sama2 yea. Aku hanya dapat sampaikan 1 lagu untuk korang.....


Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

           Aku juga mharapkan kepada semua yg benci aku jugak maafkan lah sgala kesalahan aku. 

          

P/S: Syialllllllllll laaaaaa kene pindah...argghhhhhhhhhhh :'(