Sunday 29 July 2012

People always leave, but.....

Sebenarnye dah lame aku nak update blog ak yg dah agak lame terbiar ni. Ada benda yang aku nak cerita. Ia nya pasal kehidupan aku sekarang ni. Sejak akhir-akhir ni dah ramai kawan-kawan aku yang dah mula melupakan aku. Ramai yang dah tiba-tiba menghilangkan diri dan benci dengan aku. Walaupun aku agak terkilan tapi nak buat macam mana kan. Tu hak dorang nak berkawan dengan siape pun. Aku cuma sedih bila ada yang buat mulut pasal aku dan membenci aku pasal dengar khabar angin yang tak elok pasal aku. Tapi benda tak boleh nak di ubah dah. Cuma each regrets make me feel more confidence to prove they wrong.

Satu-satu aku dengar pasal keburukan aku sendiri yang membuatkan semua membenci aku. Bermula dengan seorang yang dianggap ustaz tapi tak mencerminkan ustaz pun. Still gak buat dosa mengutuk dan mengumpat aku. Patut sebagai seorang mu'alim dia kena meningkatkan lagi sampai ke tahap murabbi. Tapi perbuatan dia menyebabkan aku bertambah dosa membenci dia dan hilang rasa hormat aku kat dia. Pasal dia la semua beranggapan buruk kat aku. Lepas tu datang pulak cerita pasal seorang perempuan yang bertudung labuh ni pun buat hal dengan aku. Tak guna pakai pakaian yang mencerminkan Islam tapi berperangai macam puak syiah. Ingat la aljamaaturrahmah wa furqatul azab.

Walaupun ramai yang anggap aku macam sampah tapi aku bersyukur pasal maybe ini lah perjalanan hidup aku yang dah ditentukan oleh Nya dan aku pun dah berjanji masa lahir dulu tentang cara hidup aku. So aku redha dan cuba meneruskan kehidupan walaupun sorang-sorang pergi dari hidup aku. "People always leave". So aku tak boleh nak salahkan dorang kalau dah dorang nak jauhkan diri dari aku. Tapi dalam kesedihan aku ni, ada jugak beberapa insan yang masih lagi bagi harapan kat aku untuk aku bersemangat dalam dunia ni. Walaupun mungkin dorang tak bertudung labuh, tak berkopiah tapi dorang still mempunyai sifat mahmudah yang sentiasa mendorong aku untuk berubah jugak dan terus melakukan ibadah yang telah dituntut.

Ingat lah, tak semestinya orang yang dipanggil ustaz je baik. Ada je kes ustaz rogol pelajar, kes ajaran sesat oleh ustaz. Ada je ustazah yang ikut ajaran sesat dan berbuah menjadi liar. Ada jugak kes orang yang hari-hari minum, merompak, perogol yang dah diberi petunjuk dan hidayah untuk berubah. So pliz la jangan judge orang dari kejahatan yang dorang pernah lakukan. Dan kepada korang-korang yang membaca ni pun jangan judge ustaz dengan perempuan tudung labuh tu jahat pulak. Maybe ada gak betul nya dorang cakap. Aku ni masih jahat lagi. Sebab tu ramai dah benci aku dan tak nak kawan dengan aku dah. Walau apa pun aku still hepi sangat-sangat bila ada jugak yang dah lost contact dengan aku tapi sekarang dah mula berhubung balik. "PEOPLE ALWAYS LEAVE BUT SOMETIME THEY COME BACK"...thankz kerana mempercayai aku, bagi semangat dan kegembiraan semula dalam hidup aku. Assalamualaikum dan babai