Sunday 29 July 2012

People always leave, but.....

Sebenarnye dah lame aku nak update blog ak yg dah agak lame terbiar ni. Ada benda yang aku nak cerita. Ia nya pasal kehidupan aku sekarang ni. Sejak akhir-akhir ni dah ramai kawan-kawan aku yang dah mula melupakan aku. Ramai yang dah tiba-tiba menghilangkan diri dan benci dengan aku. Walaupun aku agak terkilan tapi nak buat macam mana kan. Tu hak dorang nak berkawan dengan siape pun. Aku cuma sedih bila ada yang buat mulut pasal aku dan membenci aku pasal dengar khabar angin yang tak elok pasal aku. Tapi benda tak boleh nak di ubah dah. Cuma each regrets make me feel more confidence to prove they wrong.

Satu-satu aku dengar pasal keburukan aku sendiri yang membuatkan semua membenci aku. Bermula dengan seorang yang dianggap ustaz tapi tak mencerminkan ustaz pun. Still gak buat dosa mengutuk dan mengumpat aku. Patut sebagai seorang mu'alim dia kena meningkatkan lagi sampai ke tahap murabbi. Tapi perbuatan dia menyebabkan aku bertambah dosa membenci dia dan hilang rasa hormat aku kat dia. Pasal dia la semua beranggapan buruk kat aku. Lepas tu datang pulak cerita pasal seorang perempuan yang bertudung labuh ni pun buat hal dengan aku. Tak guna pakai pakaian yang mencerminkan Islam tapi berperangai macam puak syiah. Ingat la aljamaaturrahmah wa furqatul azab.

Walaupun ramai yang anggap aku macam sampah tapi aku bersyukur pasal maybe ini lah perjalanan hidup aku yang dah ditentukan oleh Nya dan aku pun dah berjanji masa lahir dulu tentang cara hidup aku. So aku redha dan cuba meneruskan kehidupan walaupun sorang-sorang pergi dari hidup aku. "People always leave". So aku tak boleh nak salahkan dorang kalau dah dorang nak jauhkan diri dari aku. Tapi dalam kesedihan aku ni, ada jugak beberapa insan yang masih lagi bagi harapan kat aku untuk aku bersemangat dalam dunia ni. Walaupun mungkin dorang tak bertudung labuh, tak berkopiah tapi dorang still mempunyai sifat mahmudah yang sentiasa mendorong aku untuk berubah jugak dan terus melakukan ibadah yang telah dituntut.

Ingat lah, tak semestinya orang yang dipanggil ustaz je baik. Ada je kes ustaz rogol pelajar, kes ajaran sesat oleh ustaz. Ada je ustazah yang ikut ajaran sesat dan berbuah menjadi liar. Ada jugak kes orang yang hari-hari minum, merompak, perogol yang dah diberi petunjuk dan hidayah untuk berubah. So pliz la jangan judge orang dari kejahatan yang dorang pernah lakukan. Dan kepada korang-korang yang membaca ni pun jangan judge ustaz dengan perempuan tudung labuh tu jahat pulak. Maybe ada gak betul nya dorang cakap. Aku ni masih jahat lagi. Sebab tu ramai dah benci aku dan tak nak kawan dengan aku dah. Walau apa pun aku still hepi sangat-sangat bila ada jugak yang dah lost contact dengan aku tapi sekarang dah mula berhubung balik. "PEOPLE ALWAYS LEAVE BUT SOMETIME THEY COME BACK"...thankz kerana mempercayai aku, bagi semangat dan kegembiraan semula dalam hidup aku. Assalamualaikum dan babai

4 comments:

  1. Asslamualaikum Syaiful Nizam :)
    sabar lah. anggap tu semua dugaan untuk awak


    memang nampak luaran awak macam a bit ganster
    (saya pun takut nak dekat dan pandang HAHAHA)
    tapi saya tau awak baik.
    besabar lah se adanya.

    kalau awak nak jadi baik
    awak kena ubah yang perlu awak ubah
    hanya awak sendiri je yang tau apa yang awak patut ubah. hanya diri awak je yang tahu. saya tak tahu. orang lain tak tahu. tak ada sapa-sapa tahu. hanya awak je yang tahu :)

    syaiful nizam
    saya tau awak pasti boleh
    awak kena kekalkan prestasi
    satu je awak jangan tinggal solat
    belajar betul-betul habis diploma
    macam saya cakap dulu
    buat mak dengan abah awak bangga

    hehehe semoga berjaya Syaiful Nizam
    dunia dan akirat
    semoga ALLAH melindungi awak
    bulan puasa tak elok marah-marah

    ingat. awak kena ubah apa yang awak perlu ubah
    :)

    sincerly : me

    ReplyDelete
  2. ewah, saiful...sapa yang komen kat atas tu? kawan pompuan ka?hehehhe...erm, jangan lah emo sangat..kalau pk masalah ja, mana gumbira idup ni..relaksla..hehehehe...erm, saya tengok kamu ok jerk..tak sumer orang anggap kamu jahat..saya tak anggap mcm tu pun..ramai lagi kat luar sana yang masih nampak kebaikan kamu...so, senyumlah la sikit...peace....:)

    yang benar,
    FAC2..ahaks ;p

    ReplyDelete
  3. betul apa yang Madam Mariyam cakap kan :)
    ramai lagi yang nampak kebaikan awak Syaiful Nizam
    awak jangan risau okay.

    saya sekarang ni pun nampak kebaikan awak je
    :)

    insyaALLAH Syaiful Nizam

    ReplyDelete
  4. anonymous: thanx bg semangat :)..xpe, sy dah ok sikit skrg ni dan cube utk berubah.. tp biase laa, dlm mengharungi kehidupan ni mesti ade beberape masalah yg x dpt nk di elakkan dan mesti ade beberape masalah yg stil sy terlakukan..so benda tu membuatkan orang masih tak percaya kt saya..tp xpe, inshaAllah sy akan mengharungi dengan tabah..

    madam mar: thanx madam masih bg support kat sy..sy xkenal pown sape anonymous tu..dye merahsiakan identiti dari sy..hahaha...lagi 1, thanx madam pasal FAC2..hepi sangat..dah tersenyum lebar ni..hahahaha...

    ReplyDelete