Saturday 11 May 2013

Masa

Assalamualaikum W.B.T.

Sebenarnya hari ni aku takde nak cakap apa pun. Cuma sedar tak sedar sekarang ni dah pun masuk pertengahan bulan 5. Minggu depan aku ada paper Islamic Product (IB). 2 minggu lagi habis lah semester aku yang ke 4. Kejap je masa berlalu dan kejap je aku dah nak habis belajar. Ada lagi 2 semester dan 1 tahun untuk aku belajar + praktikal and then aku akan masuk alam pekerjaan. Lebih tepat lagi dikatakan aku akan menjalani kehidupan sebagai manusia yang akan bertanggungjawab terhadap keluarga.

Banyak yang aku dapat sepanjang aku hidup. Semua aku dah rasa, tempuhi dan alami. Banyak dugaan yang membuatkan aku kadang-kadang tak semangat nak hidup. Tapi bila aku fikir balik, tu lah namanya karma. Aku sedar tak semua yang aku nak akan dapat. Bukan aku sorang je yang alami nasib yang malang. Ramai lagi dalam dunia ni yang alami benda macam ni, malah ada yang lebih teruk tapi kita tak tau kan. Lagipun Allah hanya menguji manusia tu dengan kemampuan kita sendiri. Walaupun aku rasa teruk sangat apa yang aku rasa, tapi aku tau aku masih boleh handle benda ni. Sebab tu Allah uji aku.

Macam aku cakap tadi, ni semua karma, dugaan dan cabaran untuk mengurangkan dosa kita di dunia ini supaya kat akhirat nanti dosa kita dikurangkan. Dulu aku buat benda ni kat orang, sekarang orang pulak buat kat aku benda ni. Dulu aku diktator, sekarang aku hamba. Dulu aku pengarah, sekarang aku diarah dan tak tentu arah. Apa-apa pun aku masih bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk merasa semua perasaan ni. Apa yang aku harapkan ialah lepas ni hidup aku akan bertambah baik.

Aku dah boleh mula simpan duit dah untuk bina keluarga sendiri, cari asset sendiri dan buat hidup sendiri. Sekarang ni aku dah berumur 25tahun. Kawan-kawan aku semua dah bekerja dan kahwin. Tapi aku? Masa yang diberikan kepada semua orang adalah berbeza. Mungkin bukan masa aku lagi untuk tempuhi kehidupan macam dorang. Masa aku akan tiba dalam setahun lagi. Mungkin masa tu aku akan bersedia sepenuh masa. Aku harap aku dapat buat yang terbaik. Aminnnnnnn.

No comments:

Post a Comment