Monday 1 July 2013

Anugerah Allah

Assalamualaikum WBT.

So hari ni tak ade ape pun aku nak cakap sebenarnya. Cuma aku nak ucapkan terima kasih dan stinggi kesyukuran kepada Allah SWT. Hari tu result dah keluar dan akhirnya aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Aku dapat 4flat untuk keputusan semester 4. Alhamdulillah :). Aku sangat seronok dan gembira tersangat-sangat. Aku harap aku dapat buat lebih terbaik untuk semester akan datang. Aku tak boleh nak seronok sangat, takut nanti aku leka dan lalai.

Apa yang aku takut adalah keputusan aku tu tak cukup kuat. Aku punya CGPA 3.69 setakat ni. Tapi aku tak pasti yang aku dah buat yang terbaik ke untuk hidup aku ni. Kadang-kadang keputusan tu tak menunjukkan usaha kita ataupun apa yang kita tahu. Aku cuma takut keputusan aku ni sekadar keputusan je tapi hakikatnya aku tak secemerlang apa yang aku dapat pun.

Perkara yang paling pasti semester baru ni adalah semester yang paling aku takut. Aku nak masuk semester 5 dah. Teringat-ingat waktu kat UiTM dulu. Aku takut perkara yang sama berulang kembali. Dulu semester 5 jugak. Haissshhhhhh. Harap-harap aku berjaya menempuh semua ni dan meneruskan kehidupan aku. InshaAllah. Aminnnnnnnnnnnn.

No comments:

Post a Comment